Kelas Kemahiran Insaniah

10 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2020 (Isnin), Kelas Kemahiran Insaniah telah diadakan bersama-sama dengan belia lepasan SPM dari PI Skio. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang lepasan SPM 2019.Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para belia cara untuk berkomunikasi dan tips-tips ketika menghadiri temuduga. Selain itu para belia juga dibimbing cara untuk menghasilkan resume yang menarik dengan format yang betul. Mereka juga turut diajar cara untuk membuat email bagi memohon UPU secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali